29 June 2010

monolog jiwa luka


Aku tidak mahu mencari kelabu itu....tapi ianya menerjah menguis pandangan tanpa dengar telinga ku....Terus sahaja menerobos hati ku mengundang satu perasaan yang tak tergambar....tapi yang pasti sakitnya ada...sakit yang mampu mengguriskan....
Akhirnya sekali lagi luka itu disentuh semula..
mengapa perlu?

Aduhai...perasaanku dimain lagi...
Bukan amarah yang lahir dariku,cuma sedikit hiba...

Kalbu ku hangus kau bakar..
Mengapa begitu harusnya?

Tak mampu kau fikir azab ini?? Tak sedar kau hempap remuk sirat ini...Tanpa belas kau layangkan layang-layang lalu.....kau sendiri putuskan talinya....
dengan hirisan tajam hilai gembira...Biar Yang Esa tentukan apa yang bakal terjadi esok, lusa dan seterusnya...kerana takdir penentu segalanya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...